Resepi Kuih Keria Gula Melaka

January 16, 2017

Assalamualaikum.


Sekarang ni pantang ada makanan yang viral, mesti ada orang nak terjah. Terjah pon terjahlah tapi kalau dah jauh kemahin tu, kau rasa berbaloi ke. hahaha. Baik kau berperang je dalam dapur buat sendiri. Jimat pon jimat. Usaha tangga kejayaan. Buat sekali tak jadi, cuba lagi sampai jadi. So, kali ni nak share resepi Kuih Keria Antarabangsa yang tengah viral di Melaka. Ketahuilah bahawa Penang dan Melaka sama sekali tak dekat dan kalau terjah semata mata nak dapatkan kuih keria tu memang melampau bunyinya. hahaha. Jom buat sendiri lah. Sonang je. Selamat mecoba



BAHAN-BAHAN KUIH KERIA
  • 500 gram ubi keledek putih/oren
  • 1 cawan tepung gandum

BAHAN-BAHAN SIRA GULA MELAKA
  • 2 keping gula melaka saiz kecil
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/4 cawan air
  • Garam


CARA-CARA
  • Rebus ubi keledek sampai empuk. Tambahkan garam sikit
  • Lepas empuk, angkat ubi dan toskan airnya. Kemudian lenyek lah sampai lumat
  • Masukkan tepung gandum dan uli adunan. Yang ni kena pepandai la adjust. Kalau rasa lembik tambah lagi tepung. Tapi jangan banyak sangat, nanti keria jadi keras dan tak sedap
  • Bentukkan bagi jadi macam kuih keria. Kalau guna keledek oren kena banyak bersabaq la noh. Sebab memang lembik sikit
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Bagi kuih keria tenggelam semua dalam minyak. Goreng dengan api kecil
  • Dalam kuali lain sediakan bahan untuk buat sira gula melaka. Masukkan gula melaka, gula merah, gula pasir dan air. Tambah sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak manis
  • Bila gula dah cair semua boleh lah masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi
  • Gaul dengan rata sampai nampak gula macam dah pekat/keras sikit
  • Tutup api. Biaq sejuk sikit. Then, ready to eat!


Keledek oren ni banyak kandungan air. So, memang lembik sikit. Better guna keledek putih. Aku cari tak jumpak. So, bedal la keledek oren pon 


Kalau nak gula melaka cepat cair, tumbuk ja lah bagi halus sikit. Gula melaka pon bermacam warna yang ada. Yang ni warna agak pucat . Sebab tu aku tambah gula merah. Takmau tambah pon takpa. Ikot suka hati kalian lah

Mencabar jugak nak bentukkan kuih keria ni

Taraaaa.. Dah siap digoreng

Bila gula melaka dah jadi macam ni, boleh la tutup api. Terus angkat letak dalam pinggan. Jangan biaq lama sangat dalam kuali, nanti melekat

Bismillah.. Dah boleh ngap masuk mulut. Kuih keria gula melaka made in Penang







You Might Also Like

3 comments

  1. wow... bestnya sis.... pandai sis buat...

    ReplyDelete
  2. Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS