4 Hari 3 Malam di Yogyakarta - Day 1

February 17, 2017

Assalamualaikum.


'Apa beza Malaysia dengan Indonesia? Malaysia ada awak, Indonesia ada Rangga. cia cia cia'

Ada lah jugak terpengaruh dengan filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Sebab tu sampai terbawa diri ke sini. hahaha. Boleh refer entri aku yang lepas pasal filem ni -- Review : Filem Ada Apa Dengan Cinta 2

Yogyakarta awsome banget! Memang tak puas menapak hanya 4 hari 3 malam di sana. Sepertinya mau repeat lagi next time. InsyaAllah. Sangat sesuai bagi mereka yang suka cuci mata dengan keindahan alam semulajadi. Kata orang, banyak berjalan, luas pemandangan.

Aku ke sana bersama 3 orang lagi kawan. Trip orang bujang lah katakan. Sebelum pergi, kami memang dah buat itinerary sendiri sebab nak backpacking je. Hanya menggunakan khidmat supir yang telah ditempah lebih awal.

Segala perbelanjaan untuk harga flight, supir, hostel, entrance fee dan makanan nanti aku cerita dalam entri last. Tunggu nahhh



DAY 1 : 03 FEBRUARI 2017

Ready to boarding! Bye Malaysia!


KUALA LUMPUR - YOGYAKARTA

Cuaca tak berapa baik bila menghampiri bumi Yogyakarta, Indonesia. So, banyak bergomol dengan awan. Faham faham je lah macam mana kan. Nasib tak muntah kat orang sebelah je. Terkumat kamit mulut dok baca doa supaya semuanya selamat. Lagi merisaukan bila traffic jammed pulak di landasan airport. Hampir setengah jam plane dok makan angin atas tu haa. Gila kau tak cuak. Nak terkencing semua ada. hahaha

Setelah melepasi liku liku kengerian, Alhamdulillah hampir 3 jam perjalanan dan akhirnya safely landed. Kami disambut dengan hujan yang renyai renyai. Dalam hati tengah pikir plan yang bakal berubah akibat cuaca hujan. Sedih pon terasa jugak. Namun, perjalanan harus diteruskan. yeahhh!



TIBA DI ADISUTJIPTO INTERNATIONAL AIRPORT

Yes, we are here!


Selepas melepasi urusan immigration, kami pon meluru lah keluar carik pak supir yang telah ditempah sebelum ni. 


TUKAR SIMCARD KE SIMCARD PATI

Demi untuk terus berhubung dengan insan insan tersayang di Malaysia, singgah dulu tukar simcard PATI. Pak supir yang bawakkan ke sini.

LUNCH

Our very first meal sesampainya di bumi Yogyakarta.





Pada mulanya mengikut itinerary yang kami sediakan, kami akan ke Pantai Parangritis untuk aktiviti sandboarding. Tapi akibat cuaca tak berapa bagus, so, pak supir suggest untuk ke Candi Prambanan since candi tu dah berdekatan dengan area airport. 



CANDI PRAMBANAN

Ini bayaran untuk masuk as foreigner. Untonglaa kalau hang tu student. Dapat less 50% kot. Jeles i tau! Tapi kalau tak bawak student card rugi la baq hang. Kena tunjuk di kaunter as a proof








Luas rupanya kawasan candi ni. Lenguh kaki jugak pusing sana sini. Tambah dengan cuaca yang berangin agak kuat. Nasib tudung pon tak terbang sekali. Kalau nak beli souvenier, boleh beli sesiap di area Candi Prambanan ni sebab harga lebih murah berbanding tempat lain. Selalunya orang datang sini last day sebab senang nak perabih duit yang ada tu. Kalau mai awai macam ni kena pepandai lah bajet sendiri. huhu



CHECK IN EDU HOSTEL






DINNER

Kami memilih untuk cari makan berdekatan dengan area hostel je. Best ooo jalan kaki sambil hirup udara malam. Tapi kena berhati hati lah jugak, especially kaum hawa je ni. Suasana malam tempat orang ni lain macam sikit. Malam di sini pulak memang meriah. Nak lintas jalan pon berpeloh tunggu. 

Ni lah Warung Lesehan Bu Narti. Lesehan tu maksudnya bersila. Makanan yang terkenal di sini dan dikatakan No.1 di Yogyakarta ialah Oseng Oseng Mercon. Haa, boleh bayangkan tak macam mana nak makan mercon tu. hahaha

Ayam goreng, oseng oseng mercon, ulam ulaman, sambai belacan, es teh. Sedap taktau nak habaq. Must try!


Oseng oseng mercon ni sebenarnya adalah campuran daging, urat, lemak dan sebagainya daripada binatang yang namanya sapi (lembu laa). Sebab apa panggil mercon? sebab pedaih gila baq hang. Macam mercon dok meletop pop pap pop pap dalam mulut. hahaha 



ALUN ALUN KIDUL

Lepas perot pon dah kenyang. Kami decide untuk ke Alun Alun Kidul since malam masih muda gituuu. Kami balik semula ke hostel dan mintak pihak hostel tolong call kan teksi untuk ke sana. Supir teksi tu kata kalau area alun alun kidul susah sikit nak dapat teksi untuk balik. So, kami mintaklah supir tu tunggu sampai kami habis main. Of course la charge lebih. Sejam pon dah cukup untuk spend situ. Ada kereta berlampu ni je haa. Syoklaa jugak mengayuh kereta seround. Exercise perot katanya. hehe


Nasib driver kami, Cik Erin pandai kayuh kereta. lalalala


Ni bukan pesta lampu ye. Orang tengah makan bersila tu. Atas meja tu ada lampu kecik macam lampu minyak tanah tapi tak guna minyak tanah. Taktau la nak describe macam mana. hahaha




*Lepas dah puas main, kami balik ke hostel dan tidur! Esok kena bangun awai pulak. Tunggu next entri yaa! Selesai Day 1 ...



You Might Also Like

2 comments

  1. Bestnya ayu dpt travel jau2..mmg tgh cr blog ayu sbb ari tu blog list dah xda..tukar template..nnt sha save link ayu ok..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Sandboarding Parangkusumo
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 602 (ALL IN)*
    RM 452 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    Pakej termasuk
    ● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Pick up & drop off airport
    ● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Entrance fee sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Flight Ticket
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb



    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS