Resepi Popcorn Sedap Termudah di Dunia

September 13, 2017

Assalamualaikum ♥

Lately ni banyak pulak sis update entri makanan kan. Bertabahlah wahai badan walaupun kau semakin mengembang dengan jayanya. Janji hati kau tak gundah gulana sebab tak makan makanan yang kau suka. Hari ni resepi popcorn tersedap dan termudah di dunia. Baru ku tahu nak buat bertih jagung ni senang ja rupanya. Tak guna mesin pon bisa ajaaa. Sila tepuk dahi beramai ramai. hahaha.



Bahan-bahan Popcorn:

1 cawan jagung kering
1/4 cawan minyak masak


Bahan-bahan Caramel:

1/2 cawan gula
2 sudu besar marjerin



Cara-cara:

1. Masukkan minyak masak ke dalam periuk. Sediakan periuk yang agak besar sedikit untuk menampung ledakan popcorn nanti. Tunggu hingga minyak betol betol panas
2. Masukkan beberapa biji jagung kering ke dalam periuk untuk test dahulu. Kalau dah start meletop tu, boleh lah masukkan kesemua jagung kering tersebut. Terus tutup dengan tudung yang boleh cover keseluruhan permukaan periuk
3. Nanti korang akan dengar la bunyi ledakan biji jagung yang meletop letop dengan meriahnya. AWAS, jangan buka tudung periuk selagi bunyi ledakan tu belom berhenti.
4. Bila dah senyap sunyi tu, boleh lah tutup api. Letak tepi dahulu atau simpan dalam bekas yang kedap udara supaya popcorn tu tak masuk hangin. 
5. Untuk nak buat caramel tu senang je. Panaskan kuali. Masukkan gula dahulu. Kacau hingga gula cair. Lepas tu, masukkan marjerin. Kacau hingga kesemua bahan tersebut hancur. AWAS, jangan sampai gula tu hangit dan menjadi hitam legam
6. Bila dah warna gula pon cantik keperang perangan dan hancur bersama marjerin, terus ambil popcorn tadi dan gaulkan kesemuanya di dalam kuali. 
7. Tunggu biar sejuk sikit dan boleh lah buat kudap kudapan sambil menonton wayang depan tv.











You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS