Travel Preparation to Seoul, South Korea.

August 11, 2016

Assalamualaikum.


Aigoooo.. apasal lah aku jadi macam bengong semacam je bila nak buat intro neh. Berejam rejam dok menaip, tapi blank je. hahaha! 

Sebenarnya dah lama post ni terperap dalam draft. Dah hampir setahun kot. Sekarang ni tengah ambik mood nak aktif berblogging balik. Mohon diri ini istiqomah dan tak ke laut. Ok, now aku nak share dengan korang pasal budget, travel agent dan itinerary aku ke Seoul, Korea Selatan tahun lepas. Kalau nak berbackpack tu boleh. Malah lagi menjimatkan. Tapi korang kena ada complete preparation dan banyak ilmu di dada sebelum nak travel. Sebabnya nanti takot banyak buang masa je kalau sesat ke apa kan. Tapi more adventurous lah. Fun jugak tu. Sesat di negara orang. Tapi jangan sampai tak jumpa jalan balik dah la. hahaha

Bagi aku yang 1st timer nak ke Korea ni, aku lebih selesa ada orang guide dulu. Kalau nak repeat nanti, boleh la nak berbackpack pulak. Orang korea ni tak ramai yang boleh speaking english. So, kalau kau pandai bahasa Korea dan boleh bertutur fluently untung laa. Kalau setakat nak annyeonghaseyo, kamsahamnida, tu semua orang pon boleh. hahaha. 


From left: Kak Zarina (our tour guide), ana, me and azu.



Travel agent

Contact:
Instagram (pakej_murah_korea)

*Service yang terbaikkk! Sangat puas hati. Tak rugi pilih untuk travel bersama Pakej Murah Korea.


Travel Itinerary

8 Days, 7 Nights (17 April 2015 - 24 April 2015) - Spring season



Day 1
  • Arrival di Incheon International Airport.
  • Check in Guesthouse.
  • Melawat Ewha Womans University.

Day 2

  • Melawat Gyeongbukgung palace.
  • Sejong museum.
  • Gwanhwamun plaza.
  • Cheongyae stream.
  • Insadong street.
Day 3
  • Melawat Nami Island (one day trip).

Day 4

  • Ke Namdaemun. Kawasan membeli belah untuk brooch dan aksesori wanita.
  • Ke Dongdaemun. Kawasan membeli-belah. Adanya sutera Korea dan fesyen terbaru.
  • Ke Myeongdong, pusat beli belah yang mempunyai seramai lebih seratus ribu pengunjung sehari.
  • Pulang ke Penginapan.
Day 5

  • Melawat Yeuido Park.
  • Melawat Han River (tempat penggambaran running man ep178).
  • Melawat sekitar Han river sambil berbasikal (terdapat 63 building dan boleh bergambar).
Day 6

  • Melawat Itaewon Street.
  • Melawat Masjid Itaewon.
  • Melawat Namsan Tower.
Day 7

  • Free and Easy (no tour guide).
Day 8

  • Pulang ke Incheon Airport, Korea Trip ended.




Travel Budget

Air Asia flight (Return) - RM 600+++ (beli masa tengah promo)

Package (one group of 3 person) - RM 2400 per pax dewasa. Bayaran adalah termasuk makan, penginapan, pengangkutan, dan tiket masuk ke semua tempat yang telah dicadangkan. Makan disediakan, lunch dan dinner. (Breakfast usually roti, disediakan di guesthouse). Bab makan makan di Korea boleh refer entri bawah ni :-

Barang yang perlu dibawa (dicadangkan oleh tour guide) :- 

  • Baju seperti biasa. Suhu macam malaysia dan malam lebih sejuk sikit. 
  • Lip balm sebab cuaca kering. Bibir senang mengelupas.
  • Maggi untuk makan tengah malam sekiranya lapar.
  • Tuala mandi sebab Korea menyediakan tuala saiz kecil. Memang budaya mereka pakai tuala kecil. 
  • Shopping di cadangkan dalam RM 500-1000 seorang.
  • Kasut kena selesa, bertapak lembut untuk berjalan jauh sebab banyak naik subway dan bus sahaja semasa trip. Dan sana banyak kawasan berbukit. Confirm boleh kurus! 
  • Mata wang Korea adalah Won. Rate standard yang digunakan adalah 1000 won = RM 3 (depends on currency). Seeloknya tukar duit dulu sesiap di Malaysia. Sebab money changer di Korea susah nak terima Ringgit Malaysia. Mereka lebih prefer dollar. 




Guesthouse

Shinchon Hostel


Shinchon Hostel ni memang sangat strategik. Dekat dengan Ewha Womans University dan banyak deretan kedai untuk shopping! Malam di sini ibarat macam pasar malam. Tak pernah sunyi dengan orang. Dengan suhu yang sejuk menikam kalbu. Tokeh kedai di sini sangat friendly dan tak lekang dengan senyuman. 


You Might Also Like

1 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS